Broadband Dual-Segment Rectangular Dielectric Resonator Antenna For 5.8 Ghz Applications

Ullah, Ubaid (2012) Broadband Dual-Segment Rectangular Dielectric Resonator Antenna For 5.8 Ghz Applications. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (942kB) | Preview

Abstract

Antena Penyalun Dielektrik (APD) jalur lebar adalah satu antenna yang boleh memancar dan menerima signal elektromagnetik dalam julat frekuensi yang lebar untuk telekomunikasi berkapasiti tinggi. Bahan-bahan dielektrik dengan ketelusan dan faktor kualiti yang rendah boleh menyimpan kurang tenaga elektromagnetik dan seterusnya mengalami gandingan lemah daripada sumber teruja. Sebaliknya bahan-bahan dengan ketelusan tinggi mempunyai fakfor kualiti dan medan elektrik dan magnetik tinggi boleh terhasil dalam penyalun, seterusnya boleh beroperasi dalam lebar jalur sempit dengan gandingan yang kuat. Untuk APD yang mempunyai gandingan elektromagnetik kuat dimana boleh beroperasi dalam julat frekuensi yang lebar, dua bahan ketelusan yang berbeza digunakan untuk merekabentuk antenna. Bahan dielektrik berbentuk segiempat tepat digunakan untuk kedua-dua segmen APD kerana mod kemerosotan boleh dikawal dengan memilih nisbah aspek yang sesuai dalam penyalun. Untuk segmen atas penyalun lapis dielektrik gelombang mikro Roger RT 6010 dari Roger Cooperation digunakan sebagai penyalun utama. Untuk segmen bawah yang bertindak sebagai pengubah galangan, diantara segmen atas dan talian suapan, dua bahan dielektrik yang berbeza iaitu Barium Zinc Tantalum (BZT) dan Calcium Copper Titanate (CCTO) dibina. Untuk antena unsur tunggal dan antena dua unsur teratur BZT digunakan sebagai pengubah manakala untuk empat unsur dan lapan unsur antena teratur CCTO digunakan bagi mengawal gandingan sepunya diantara penyalun terdekat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 29 Mar 2019 08:06
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43837

Actions (login required)

View Item View Item
Share