Jafri, Roziyana
(2018)
Amalan Modal Insan Dan Prestasi Kerja: Kajian Kes Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Amalan modal insan adalah suatu pendekatan yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk menguruskan kakitangan dengan cekap dan berkesan. Dalam konteks perkhidmatan awam, amalan modal insan yang dipraktikkan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pihak awam.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan amalan modal insan dalam perkhidmatan awam. Namun, perkhidmatan awam masa kini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan perubahan yang memberi kesan terhadap prestasi kakitangan.
Actions (login required)
|
View Item |