Amirrul, Azrul Azizi
(2018)
Reka Bentuk Pentas Dalam Falsafah Persembahan Wayang Kulit Kelantan.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Wayang kulit Kelantan adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu. Persembahan wayang kulit Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Persembahan ini mempunyai unsur-unsur tradisional masyarakat melibatkan kepercayaan agama iaitu animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Simbolik keagamaan Islam adalah tertumpu pada ilmu ketuhanan dan kerohanian. Setiap aspek persembahan saling berhubungan iaitu pendalangan, teks dan reka bentuk pentas mempunyai konotasi sistem kepercayaan agama masyarakat Melayu Kelantan.
Actions (login required)
|
View Item |