Mazlan, Azlina
(2018)
Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak Dengan Integrasi i-Think Dan Brain Gym Untuk Meningkatkan Kefahaman Konseptual Dan Motivasi Belajar Fizik Pelajar Matrikulasi.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Modul Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dengan Integrasi i-Think dan Brain Gym (PPBO- iTB) dibangunkan dan digunakan sebagai intervensi untuk meningkatkan tahap kefahaman konseptual Fizik dan motivasi belajar Fizik pelajar kolej matrikulasi di utara Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 184 orang pelajar dengan 95 orang pelajar kumpulan eksperimen mengikuti pembelajaran Fizik menggunakan Modul PPBO-iTB, manakala 89 orang lagi berada dalam kumpulan kawalan dan mengikuti pembelajaran Fizik melalui Pendekatan Pengajaran Konvensional (PPK).
Actions (login required)
|
View Item |