Sam, Sung Ting
(2011)
Preparation, Characterization And Properties Of Degradable Linear Low Density Polyethylene/Soya Powder Blends.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Polietilena linear berketumpatan rendah (LLDPE) diadun dengan serbuk soya dengan menggunakan pengadun dalaman Haake pada suhu 150oC dan kelajuan rotor 50 rpm. Sifat tegangan adunan diuji dengan menggunakan tensometer Instron. Sifat-sifat terma adunan dianalisis dengan menggunakan kalorimeter pengimbasan pembezaan (DSC). Kestabilan termal adunan ditentukan dengan analisis
termagravimetrik (TGA). Kandungan serbuk soya telah divariasikan dari 5 hingga 40wt%. Dua jenis agen pengserasi iaitu maleik anhidrida tergraf polietilena (PE-g-MA) dan getah asli terepoksida dengan 50 mol% (ENR 50) telah digunakan untuk meningkatkan lekatan antara muka adunan LLDPE/serbuk soya.
Actions (login required)
|
View Item |