Abdullah, Muhammad Aidil Roneh
(2011)
Amalan Kerja Beretika Dalam Polis Diraja Malaysia: Satu Kajian Di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Johor.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah berkenaan amalan etika kerja di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kulaijaya Johor. Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk melihat apakah amalan etika kerja di IPPD Kulaijaya, sumber etika serta pola kerangka teoritikal etika yang dapat menjelaskan amalan etika. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian kandungan dokumen dan kajian lapangan telah dilakukan. Kajian kandungan dokumen dijalankan adalah untuk memperolehi data sekunder berkenaan sumber etika yang membentuk etika kerja di IPPD Kulaijaya.
Actions (login required)
|
View Item |