Kebolehgunaan Terjemahan Teknikal Dan Aplikasi Konsepnya Untuk Menilai Kualiti Terjemahan Teknikal

Choong, Foong Yam (2013) Kebolehgunaan Terjemahan Teknikal Dan Aplikasi Konsepnya Untuk Menilai Kualiti Terjemahan Teknikal. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (260kB) | Preview

Abstract

Kebolehgunaan bermaksud sejauh mana sesuatu produk dapat digunakan oleh pengguna tertentu untuk menyelesaikan tugasan ataupun kerja mereka dengan berkesan (konsep effectiveness) dalam masa yang singkat (konsep efficiency) dan senang (konsep easy to use) untuk konteks yang tertentu. Selain itu, pengguna juga berasa puas hati (konsep satisfaction) semasa menggunakan produk tersebut untuk melaksanakan kerja mereka. Kajian ini bertujuan mengkaji kebolehgunaan terjemahan teknikal dan aplikasi konsepnya untuk menilai kualiti terjemahan teknikal berdasarkan pendapat pembaca sasaran. Bahan kajian dipetik daripada teks sumber bertajuk Human Resource Management oleh Gary Dessler (2000) dan terjemahannya iaitu Pengurusan Sumber Manusia yang diterjemah oleh Nor Azizi Abdullah (2002) dan disunting oleh Mohd Hizam Hanafiah (2002). Kajian ini memanfaatkan beberapa pendekatan dan teori yang telah dikenal pasti secara eklektik. Pandangan Jordan (1998), Dumas & Redish (1999) dan Quesenbery (2001, 2004) tentang kebolehgunaan diambil kira untuk meninjau kebolehgunaan terjemahan teknikal. Definisi Newmark (1988) tentang prosedur dan definisi Vinay & Darbelnet (1995) tentang kaedah digunakan untuk mengenalpasti strategi penterjemahan. Selain itu, pandangan Bevan (1995a, 1995b, 1997) tentang quality in use digunakan untuk meneliti kualiti terjemahan teknikal. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini juga meneliti kebolehgunaan strategi terjemahan teknikal dan kualiti terjemahan teknikal berdasarkan pendapat pembaca sasaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 11 Feb 2019 07:09
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43273

Actions (login required)

View Item View Item
Share