Amalan Dan Cabaran Mengamalkan Nilai Dan Etika Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Noor, Amna Md (2013) Amalan Dan Cabaran Mengamalkan Nilai Dan Etika Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (523kB) | Preview

Abstract

Elemen nilai dan etika dilihat sebagai faktor penting dalam pengekalan kompetensi praktis profesional kerja sosial. Ahli akademik dan pengamal kerja sosial telah berusaha membangunkan kaedah bagi mengekalkan nilai dan etika dalam profesion ini sejak mula kemunculan bidang ini lagi. Kajian ini merupakan satu kajian awal dalam konteks nilai dan etika dalam kerja sosial di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan dan cabaran dalam mempraktikkan nilai dan etika kerja sosial dalam kalangan pekerja kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Antara objektif kajian ialah untuk menentukan sama ada pekerja kebajikan mengamalkan nilai dan etika kerja sosial serta mengenal pasti masalah yang mereka hadapi dalam mempraktikkannya. Kaedah kajian adalah berbentuk „triangulation‟ di mana kedua-dua kaedah utama iaitu kuantitatif dan kualitatif telah digunakan. Bagi kaedah kuantitatif ‟Skala Pendapat Profesional‟ (Professional Opinion Scale, POS) yang dibangunkan oleh Abbott (2003) telah digunakan. Kenyataan dalam skala ini mengandungi nilai-nilai asas profesional kerja sosial yang dilabelkan sebagai 1) Menghargai hak asasi, 2) Rasa tanggungjawab sosial, 3) komitmen terhadap kebebasan individu atau keadilan sosial dan 4) Sokongan terhadap keputusan kendiri. Satu kaedah lagi ialah penggunaan vignette yang merupakan 4 simulasi kes bagi mendapatkan gambaran bagaimana pekerja kebajikan mengamalkan nilai dan etika dalam praktis harian. Penganalisisan terhadap tindakan yang dinyatakan oleh pekerja kebajikan terhadap setiap simulasi kes dilakukan secara kualitatif. Kajian telah dijalankan ke atas 298 pekerja sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang bertugas di empat buah negeri di semenanjung Malaysia yang mewakili setiap zon iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. Pekerja kebajikan yang terlibat dalam kajian ini ialah mereka yang bekerja secara langsung dengan klien iaitu terdiri daripada pegawai kebajikan masyarakat (S41), penolong pegawai kebajikan masyarakat (S27 – S32) dan pembantu kebajikan (S17). Hasil kajian menunjukkan latar belakang responden hanya berkaitan secara signifikan dalam salah satu domain nilai yang dikaji iaitu menghargai hak asasi individu.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 08 Feb 2019 01:32
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43237

Actions (login required)

View Item View Item
Share