SUKUR, ANIS SHAHIRAH ABDUL
(2011)
Penterjemahan Petikan Langsung Dan Petikan Tak Langsung Dalam Berita Bernama: Satu Analisis Berita Rencana.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Petikan merupakan ucapan penutur yang direkodkan atau ditulis oleh wartawan sewaktu temu bual, ucapan dan sebagainya. Terdapat dua jenis petikan iaitu petikan langsung dan petikan tak langsung. Penulisan dan penterjemahan petikan menjadi isu kontroversi apabila penutur mendakwa bahawa wartawan mengubah suai atau memberikan interpretasi yang kurang tepat pada ayat penutur. Justeru, kajian ini akan membincangkan dan menganalisis aspek penterjemahan petikan dalam berita rencana yang diterbitkan agensi berita BERNAMA. Kajian ini juga menganalisis kesalahan yang dilakukan oleh penterjemah berita rencana.
Actions (login required)
|
View Item |