Kesan Kepemimpinan Etika Terhadap Komitmen Afektif Dan Penglibatan Kerja Serta Peranan Tanggapan Sokongan Organisasi Sebagai Mediator

Hussin, Tengku Ahmad Badrul Shah Raja (2010) Kesan Kepemimpinan Etika Terhadap Komitmen Afektif Dan Penglibatan Kerja Serta Peranan Tanggapan Sokongan Organisasi Sebagai Mediator. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (142kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepemimpinan etika ketua jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal pasti peranan tanggapan sokongan organisasi (TSO) dalam hubungan antara variabel tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan antara variabel yang dikaji. Data bagi kajian keratan rentas ini dikutip daripada 306 orang pensyarah dari lima buah politeknik Malaysia berdasarkan pecahan zon secara geografi dan menggunakan kaedah persampelan multi-stage. Data diperoleh melalui soal selidik dwibahasa yang terbahagi kepada lima bahagian, iaitu demografi responden, kepemimpinan etika, TSO, komitmen afektif dan penglibatan kerja. Data yang dikutip dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0, manakala perisian AMOS 7.0 digunakan bagi membina serta mengesahkan model-model pengukuran. Kaedah structural equation modeling (SEM) pula diaplikasikan dalam membina model-model struktur bagi tujuan menguji peranan TSO sebagai mediator antara kepemimpinan etika dengan komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 03 Dec 2018 02:11
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43090

Actions (login required)

View Item View Item
Share