Kepercayaan, Sikap Dan Amalan Pemberian Makan Ibu Bapa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Obes Sekolah Rendah Terpilih Di Kota Bharu, Kelantan

Karim, Norazawati Abd (2010) Kepercayaan, Sikap Dan Amalan Pemberian Makan Ibu Bapa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Obes Sekolah Rendah Terpilih Di Kota Bharu, Kelantan. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (150kB) | Preview

Abstract

Peningkatan prevalens obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia berada pada tahap membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada zaman dewasa mereka kelak. Oleh kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan corak pengambilan makanan anak, maka kajian ini dijalankan bagi menilai kepercayaan, sikap dan amalan pemberian makan ibu bapa kanak-kanak obes sekolah rendah. Kajian keratan lintang ini telah dijalakan ke atas 175 orang kanakkanak darjah dua di tiga buah sekolah di Kota Bharu. Ukuran berat, tinggi dan trisep telah diambil. Soal selidik yang mengandungi soalan sosio-demografi kanak-kanak, soalan Child Feeding Duestionnaires (CFQ) dan International Physical Activity Questionnaires (IPAQ) telah diedarkan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat. Kajian kualitatif telah dilakukan keatas variabel peramal obes dan Indeks Jisim Tubuh (IJT) kanak-kanak. Lapan orang ibu bapa kanak-kanak obes yang terpilih telah terlibat dalam temubual mendalam. Hasil kajian mendapati prevalens kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan adalah 13.2% iaitu 6.9% adalah berlebihan berat badan dan 6.3% kanak-kanak adalah obes. Semua kanak-kanak yang terlibat dalam kajian adalah berbangsa Melayu. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor perkerjaan bapa di mana 52.2% bapa kanak-kanak obes adalah kerja sendiri dan 47.8% kerja makan gaji.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General) > R5-130.5 General works
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 28 Nov 2018 01:47
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43040

Actions (login required)

View Item View Item
Share