Rahman, Shamsudin Abdul
(2011)
Perkembangan Rangkaian Jalan Raya Dan Implikasi Terhadap
Struktur Bandar: Kajian Kes Di Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini bermatlamat untuk mengkaji perkembangan rangkaian jalan raya dan implikasi terhadap struktur Bandar Kuantan. Untuk mencapai matlamat kajian,
beberapa objektif telah digariskan iaitu; Pertama mengkaji corak perkembangan rangkaian jalan raya di Bandar Kuantan; kedua untuk menganalisis impak perkembangan rangkaian jalan raya terhadap pola susunan guna tanah dan struktur bandar, ketiga untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi
ketidakcekapan struktur bandar dan keempat untuk menganalisis impak ketidakcekapan ke atas kesejahteraan pengguna jalan raya di Bandar Kuantan.
Actions (login required)
|
View Item |