Yusof, Rashidah Mohd
(2012)
Penentuan Makronutrien Dalam Makanan Terpilih Yang Terdapat Di Kelantan.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk memberikan informasi yang khusus mengenai komposisi nutrien makanan tempatan bagi negeri Kelantan. Makanan Kelantan dikatakan lebih manis berbanding dengan makanan dari negeri lain di Malaysia. Oleh itu, kajian terhadap komposisi nutrien makanan Kelantan akan memberikan informasi yang sebenar dan seterusnya memberikan faedah kepada pesakit, keluarga, masyarakat dan ahli profesional kesihatan. Sebanyak 100 makanan Kelantan telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Pemilihan ini dijalankan setelah mengambil kira aspek kemasyhuran dan kebolehdapatan makanan tersebut di sekitar negeri Kelantan.
Actions (login required)
|
View Item |