Kajian Pengkomputeran Prinsip Pertama Ke Atas Konformasi Struktur Terbitan N-Benzoil-N’-P-Feniltiourea

Draman, Rafie (2012) Kajian Pengkomputeran Prinsip Pertama Ke Atas Konformasi Struktur Terbitan N-Benzoil-N’-P-Feniltiourea. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (220kB) | Preview

Abstract

Kajian komputeran telah dilakukan ke atas enam sebatian arilbenzoiltiourea iaitu 1-benzoil-3-(4-X-fenil)tiourea (X = H, Cl, Br, NO2, CH3 dan OCH3). Kajian ke atas sebatian-sebatian ini dilakukan dalam dua peringkat iaitu molekul tunggal dan kelompok tujuh molekul. Analisis konformasi pada molekul tunggal dengan menggunakan kaedah DFT B3LYP 6-31G(d) bertujuan membina profil tenaga konformasi relatif, momen dwi-kutub, kekerasan kimia dan keelektronegatifan molekul-molekul itu. Pemerhatian yang dibuat ke atas profil-profil tersebut mendapati konformasi trans-cis adalah konformasi paling stabil untuk molekulmolekul tersebut. Sawar tenaga bagi setiap molekul adalah disebabkan oleh kesan seterik intra-molekul.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kimia (School of Chemistry) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 05 Oct 2018 02:01
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/42299

Actions (login required)

View Item View Item
Share