Rejab, Nik Akmar
(2010)
Sintesis Dan Pencirian BaTiO3 Terdop Nd Sebagai Antena Penyalun Dielektrik (DRA).
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Sebatian barium titanat yang didopkan dengan unsur neodimium (Nd) dihasilkan berdasarkan sistem Ba(1-x)NdxTiO3 dengan nilai x berubah dari 0, 0.01, 0.03, 0.05, 0.07, 0.10 dan 0.13. Sebatian ini disediakan melalui kaedah sol gel. Serbuk dikalsin pada suhu 700°C dan fasa tetragonal wujud sebelum proses pensinteran pada 1250°C selama 3 jam. Sampel tanpa dop mempunyai struktur hablur tetragonal dan sampel berdop Nd menunjukkan peralihan fasa tetragonal kepada kubik.
Actions (login required)
|
View Item |