Daud, Khairul Azhar Mat
(2010)
Kesan Penggunaan Sistem Pembelajaran Terarah Kendiri Secara Atas Talian (E-Solms) Terhadap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Dan Motivasi Pembelajaran Pelajar.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan sistem pembelajaran terarah kendiri secara atas talian (E-SOLMS) terhadap kesediaan pembelajaran terarah kendiri dan motivasi pembelajaran pelajar. Kajian ini dilaksanakan secara quasi eksperimen dan dijalankan terhadap pelajar tahun akhir bagi subjek projek J5012 dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kaedah tinjauan yang digunakan ialah kuantitatif (Soalan soal selidik – ujian pra dan pos) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual). Instrumen kajian diubah suai daripada skala kesediaan pembelajaran terarah kendiri oleh Gueglielmino (1977) dan skala motivasi pembelajaran oleh Pintrich (1993).
Actions (login required)
|
View Item |