Perencatan Kakisan Kuprum Oleh Tanin Bakau (Rhizophora Apiculata) Dalam Pelbagai Larutan Agresif Melalui Kaedah Elektrokimia

Shah, Affaizza Mohamad (2010) Perencatan Kakisan Kuprum Oleh Tanin Bakau (Rhizophora Apiculata) Dalam Pelbagai Larutan Agresif Melalui Kaedah Elektrokimia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (560kB) | Preview

Abstract

Tanin bakau (TB) daripada kulit kayu bakau telah diekstrak menggunakan 70 % aseton. TB tersebut kemudian telah diuji potensinya sebagai perencat kakisan kuprum dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia dan dibandingkan dengan kaedah pengukuran gravimetri konvensional. Daripada kaedah pengukuran gravimetri dalam larutan berasid (HCl dan H2SO4), didapati kecekapan perencatan (IE) bagi kakisan kuprum meningkat dengan peningkatan kepekatan TB. Pengukuran polarisasi potensiodinamik menunjukkan kehadiran TB dalam larutan berasid dan garam (NaCl dan Na2SO4) memberi kesan yang lebih kepada tindak balas katod dengan plot Tafel menunjukkan penurunan ketumpatan arus pada bahagian katod keluk.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kimia (School of Chemistry) > Article
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 16 Aug 2018 06:41
Last Modified: 16 Aug 2018 06:41
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41341

Actions (login required)

View Item View Item
Share