Aids dan kematian : impak psikososial ke atas penjaga

Zain, Rajwani Md. (2010) Aids dan kematian : impak psikososial ke atas penjaga. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (201kB) | Preview

Abstract

Peranan sebagai penjaga kepada orang yang hidup dengan AIDS (OHDA) mendedahkan seseorang kepada cabaran dan masalah tertentu. Kecetekan pengetahuan dan maklumat berkaitan HIV/AIDS serta stigma yang telah sedia wujud terhadap HIV/AIDS menambahkan lagi beban di atas bahu penjaga terutamanya untuk mengendalikan OHDA ketika sakit. Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti kewujudan isu stigma dan diskriminasi apabila berlaku kematian OHDA serta permasalahan yang mungkin berlaku dalam pengurusan jenazah OHDA. Selain itu, kajian ini turut menerokai isu-isu psikososial untuk melihat impak kepada keluarga setelah kematian OHDA. Kajian yang dijalankan di negeri Kedah, Malaysia ini melibatkan 10 orang penjaga yang mempunyai pengalaman secara langsung dalam menjaga OHDA sehingga akhir hayat mereka. Data telah diperoleh melalui kaedah temubual bersama responden yang dijalankan dari satu sesi hingga tiga sesi. Qualitative data analysis telah digunakan untuk membentuk tema-tema bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. Hasil kajian juga mendapati stigma dan diskriminasi terhadap OHDA dan keluarga sememangnya tidak dapat dielakkan apabila dikaitkan dengan HIV/AIDS.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 07 Aug 2018 02:08
Last Modified: 07 Aug 2018 07:59
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/41248

Actions (login required)

View Item View Item
Share