Kajian Morfologi Dan Analisis Genetik Bagi Varian Padi Angin Dan Padi Kultivar (Mr 211 Dan Mr 220) Di Kawasan Mada, Malaysia

Hashim, Faridah Che (2011) Kajian Morfologi Dan Analisis Genetik Bagi Varian Padi Angin Dan Padi Kultivar (Mr 211 Dan Mr 220) Di Kawasan Mada, Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (927kB) | Preview

Abstract

Infestasi padi angin, Oryza sativa kompleks, adalah serius, terutamanya di kawasan sawah yang mengamalkan kaedah tabur terus. Varian padi angin mempunyai ciri morfologi yang seiras dengan padi komersial dan sukar dikawal pertumbuhannya berbanding rumpai lain. Oleh yang demikian, kajian varian-varian padi angin dan padi komersial MR 211 dan MR 220 dari plot-plot tanaman padi di kawasan MADA telah dilaksanakan. Kajian yang telah dijalankan melibatkan tiga bahagian; i) analisis morfologi bagi varian-varian padi angin dan padi komersial MR 211 serta MR 220, ii) analisis genetik menggunakan penanda DNA mikrosatelit terhadap varian-varian padi angin dan padi komersial MR 211 serta MR 220 dan iii) analisis genetik menggunakan penanda DNA mikrosatelit terhadap varian padi angin paling dominan di kawasan MADA.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1 Natural history (General - Including nature conservation, geographical distribution)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 05 Jul 2018 02:22
Last Modified: 05 Jul 2018 02:22
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/40906

Actions (login required)

View Item View Item
Share