Anti LDP di Jepun dan Pakatan Rakyat Di Malaysia: persamaan dan perbezaan

Sopi, Saiyid Radzuwan Syed (2018) Anti LDP di Jepun dan Pakatan Rakyat Di Malaysia: persamaan dan perbezaan. In: Terengganu Multidisciplinary International Conference, 31 March-1 April 2018, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (367kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah persamaan dan perbezaan yang terdapat pada kerajaan gabungan anti LDP di Jepun dan Pakatan Rakyat (PR) di Malaysia.Fokus kajian ini ialah untuk mengenal pasti bagaimana kerajaan gabungan menyusun strategi, melakukan perancangan yang strategis, mengumpul kekuatan dan menjalinkan kerjasama dengan parti-parti politik yang lain agar kehebatan mereka sebagai parti alternatif digeruni, boleh memberi saingan hebat kepada parti pemerintah dan disanjung oleh rakyat. Namun, kehebatan kerajaan gabungan sama ada yang berlaku di Jepun atau Malaysia hanya indah di luaran sahajadan bahagian dalamannya penuh dengan persengketaan, konflik, perebutan kuasa dan pertelingkahan sesama sendiri.Secara dasarnya, kuasaboleh ditakrifkan sebagai nadi utama dalam bidang politik dan dengan adanya kuasa, maka seseorang itu boleh menguasai diri orang lain atau dalam contoh lain, sesebuah kumpulan itu boleh memastikan kumpulan lain menurut arahannya. Fokus utama dalam kehidupan seharian ahli politik ialah bagaimana caranya hendak menjatuhkan lawannya sama ada dengan cara yang halal atau sebaliknya.Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini mendapati bahawa banyak persamaan berbanding perbezaan yang berlaku antara kerajaan gabungan anti LDP dengan PR. Aktor politik sama ada daripada kerajaan gabungan anti LDP atau PR akan melakukan suatu perbuatan di luar konsensus dan tindakan tersebut boleh menjejaskan ikatan gabungan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia,Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Conference or Workshop Item
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Saiyid Radzuwan Sghalib @ Syed Sopi (Distance Education)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 06 Apr 2018 21:04
Last Modified: 18 Sep 2020 01:17
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39970

Actions (login required)

View Item View Item
Share