NILAI DAN SIMBOLISME SIRIH DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA DI MALAYSIA

Yusoff, Wan Faizah Wan (2017) NILAI DAN SIMBOLISME SIRIH DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA DI MALAYSIA. In: Perubatan Tradisional Aplikasi Semasa. Penerbit Universiti Sains Malaysia, 23-36. ISBN 978-967-461-165-1

[img]
Preview
PDF
Download (247kB) | Preview

Abstract

Dalam kebudayaan Melayu, sirih (Piper betle L.) melambangkan rendah diri dan kehormatan sepertimana dapat diperhatikan daripada pepohon sirih yang menjalar dan memanjat tanpa merosakkan tumbuhan perumah. Menurut pandangan masyarakat Melayu terdahulu, gabungan sirih, kapur, pinang dan gambir secara simboliknya menjelaskan setiap ciri yang perlu ada sebagai orang Melayu. Penggunaan sirih tidak hanya terhad sebagai pembuka bicara dan lambang ketertiban serta hospitaliti Melayu malah turut digunakan dalam perubatan tradisional, ritual serta perhubungan dengan semangat atau makhluk halus. Air kunyahan sirih misalnya dipercayai memiliki unsur kepanasan dan kebesaran yang boleh menghalau atau menakutkan hantu syaitan yang jahat. Kepercayaan ini tidak hanya terhad kepada masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat India di Malaysia. Selain membawa simbol kesegaran dan kemakmuran, masyarakat India mempercayai bahawa gabungan sirih, pinang dan kapur dipercayai memiliki unsur-unsur pencipta (Brahman), pelindung (Vishnu) dan juga pemusnah (Shiva) yang penting dalam konteks ritual perubatan mereka. Kajian ini melihat nilai dan simbolisme sirih dalam masyarakat Melayu dan India bagi menunjukkan elemen silang-budaya dalam konteks Malaysia.

Item Type: Book Section
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Book Section/Chapter
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Wan Faizah Wan Yusoff (Health Sciences)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 12 Mar 2018 03:51
Last Modified: 12 Mar 2018 04:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39482

Actions (login required)

View Item View Item
Share