Identiti Visual Seni Catan Moden Malaysia Melalui Media Campuran Dalam Konteks Kebudayaan

Ahmad, Fairus and Husain, Abdul Halim (2016) Identiti Visual Seni Catan Moden Malaysia Melalui Media Campuran Dalam Konteks Kebudayaan. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, 26-27 September, 2016, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji berkaitan dengan identiti visual dan penggunaan media campuran dalam catan seni moden Malaysia. Ia bertujuan untuk memperhalusi peranan bahan dalam konteks media campuran yang dipengaruhi atau dibentuk atas kebudayaan persekitaran. Kertas kerja ini akan membicarakan aspek identiti visual karya-karya seni catan moden Malaysia oleh beberapa orang pelukis tempatan dalam konteks kebudayaan. Kupasan akan dibuat daripada karya-karya seni visual yang menggunakan media campuran sebagai kajian perbincangan dengan menjelaskan diskripsi bentuk fizikalnya, menganalisis aspek formalistik serta menginterpretasikan kedua-dua aspek. Akhir sekali perbincangan ini akan melihat kepada persoalan idea visual keseluruhan karya-karya seni catan moden Malaysia. Didalam kertas kerja ini juga akan menjelaskan berkenaan tentang beberapa karya visual pelukis tempatan, berpandukan imajan dan bahan yang dihasilkan. Mereka merupakan pengkarya yang telah mengetengahkan media campuran dalam bentuk budaya tempatan ke dalam ruang seni semasa. Terdapat empat elemen utama yang diutarakan dalam pembentukan seni visual antaranya berkaitan dengan bahan yang digunakan oleh pelukis seperti teknik, unsur formalistik dan idea keseluruhan pada karya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 09 Mar 2018 08:56
Last Modified: 09 Mar 2018 08:56
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39457

Actions (login required)

View Item View Item
Share