Kajian Rekabentuk Sistem Keselamatan (Tali Pinggang) Bagi Penumpang Bas Komersial Di Semenanjung Malaysia

Ibrahim, Siti Zubaidah and Majid, Ahmad Zuhairi Abdul and Dolah, Jasni (2016) Kajian Rekabentuk Sistem Keselamatan (Tali Pinggang) Bagi Penumpang Bas Komersial Di Semenanjung Malaysia. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, 26-27 September, 2016, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (242kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menyediakan satu penyelidikan awal terhadap kajian literasi rekabentuk sistem keselamatan (tali pinggang) di dalam bas bermula dari tahun 1994 sehingga 2015 di semenanjung Malaysia. Kajian ini memberi tumpuan terhadap kesan rekabentuk tali pinggang dan penggunaannya terhadap orang dewasa dan kanak-kanak sekolah di negara lain. Oleh itu, kajian ini perlu untuk memperbaiki tahap keselamatan dalam mencadangan reka bentuk yang sesuai bagi penumpang bas komersial di Semenanjung Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kajian kesusasteraan berdasarkan daripada kajian penyelidik yang terdahulu merangkumi kajian rekabentuk tali pinggang keledar pusingan, tali pinggang keledar bahu dan kesan penggunaan tali pinggang keledar terhadap orang dewasa dan kanak-kanak sekolah ketika kemalangan jalanraya. Kajian ini telah membuktikan rekabentuk tali pinggang keledar dapat mengurangkan kadar kematian dan kecederaan penumpang bas sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi di Malaysia, kajian rekabentuk tali pinggang keledar bagi bas komersial masih belum pernah dibuat dibuat. Kajian ini dapat menangani isu kadar kemalangan bas komersial yang kerap berlaku kebelakangan ini

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)

Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Ahmad Zuhairi Abdul Majid (Arts)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 09 Mar 2018 07:28
Last Modified: 20 Feb 2020 06:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39445

Actions (login required)

View Item View Item
Share