Prestasi Graduan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Bidang Reka Bentuk 3D Animasi Di Malaysia

Subri, Shafilla and Balraj Baboo, Shanti and Dolah, Jasni (2016) Prestasi Graduan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Bidang Reka Bentuk 3D Animasi Di Malaysia. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, 26-27 September, 2016, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (593kB) | Preview

Abstract

Multimedia merupakan satu bidang yang mempunyai potensi besar untuk berkembang sejajar dengan perkembangan media elektronik dan teknologi digital pada hari ini. Animasi 3D merupakan salah satu bidang dalam multimedia yang mendapat perhatian di dalam pembangunan industri kreatif yang disarankan oleh kerajaan dalam rancangan Malaysia ke 10 hingga kini. Penghasilan 3D multimedia animasi di Malaysia jauh ketinggalan berbanding dengan negara luar. Para graduan dalam bidang ini tidak dapat memenuhi kehendak dan permintaan pasaran. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang berlaku serta mengkaji peranan kerjasama di antara institusi pengajian dan pihak industri dalam membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan latihan kemahiran. Pendekatan temubual diantara persepsi graduan, tenaga akademik dan pihak industi dilakukan bagi mengenal pasti prestasi graduan dalam bidang rekabentuk 3D Animasi di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Hasil kajian ini dapat memberikan kesan kepada peningkatan kualiti pengajaran kurikulum di institusi pengajian dalam meningkatkan kualiti graduan yang berkebolehan serta kerjasama yang selari antara institusi dengan pihak industri dalam meningkatkan prestasi graduan dan industri animasi negara mengikut keperluan dan kehendak persekitaran semasa

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 09 Mar 2018 07:24
Last Modified: 09 Mar 2018 07:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/39444

Actions (login required)

View Item View Item
Share