Syarifuddin, Noviatin and Sukim, Mohamad Fauzi and Abdul Aziz, Rahimah (2017) Agen Sosialisasi Pengetahuan Komuniti Bajau-Laut: Zon Konservasi Taman Marin Tun Sakaran Sabah. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 121-129. ISBN 9789671544013
|
PDF
Download (231kB) | Preview |
Abstract
Isu-isu konservasi perairan merupakan sebahagian daripada agenda dalam Inisiatif Segi-Tiga Terumbu Karang antara negara Malaysia, Indonesia dan Filipina berikutan kependudukan komuniti Bajau-Laut di sekeliling perairan negara. Kebebasan komuniti mendiami batas-batas perairan negara di samping membudayakan penangkapan ikan tradisional menggunakan bahan letupan dikhuatiri mengancam kelestarian zon-zon konservasi maritim. Pengetahuan dan ketersediaan komuniti untuk mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan dalam kawasan perlindungan aktiviti marin penting bagi menjamin kelestarian bekalan sumber masa hadapan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan agen-agen yang mensosialisasikan pengetahuan komuniti Bajau-Laut tentang zon konservasi yang melibatkan kawasan Taman Marin Tun Sakaran. Penelitian telah berlangsung di Pulau Bum-Bum, daerah Semporna, Sabah dengan menggaplikasi pendekatan Fenomenologi ke atas 10 orang informan yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Temubual semi-struktur dipilih untuk mendalami pengetahuan komuniti Bajau-Laut sebagai aktor kajian. Andaian ontologi idealis dan epistemologi konstruktivis sosial digagaskan sebagai paradigma penelitian untuk memahami makna tentang zon konservasi yang dibentuk daripada realiti sosial komuniti Bajau-Laut. Hasil kajian mendedahkan bahawa Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Persatuan Kebajikan Bajau-Laut (PEKEBAL), agensi Taman Marin Tun Sakaran berperanan sebagai agen sosialiasi formal. Manakala keluarga, rakan sebaya dan media cetak merupakan agen sosialisasi tak formal yang membentuk pengetahuan informan. Sebagai komuniti yang hidup bermasyarakat di dalam sesebuah pulau, pengetahuan tentang zon dan usaha-usaha konservasi oleh agensi signifikan difahami agar kelestarian habitat sumber marin dapat dipelihara dan dipulihara untuk bekalan masa hadapan.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 06 Mar 2018 02:45 |
Last Modified: | 06 Mar 2018 02:45 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/39280 |
Actions (login required)
View Item |