Mohd Bakhir, Norfarizah and Abd Mukti, Mohamad Fauzi (2014) Penghasilan Muzik Interaktif Melalui Pergerakan: Momance. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.
|
PDF
Download (119kB) | Preview |
Abstract
MOMANCE (Interactive Motion Music Performance) adalah satu projek muzik yang membolehkan pengguna bermain alat muzik dan mencipta muzik sendiri tanpa menggunakan alat muzik. Pengerakan pengguna akan menghasilkan bunyi dan kesan khas, setiap pergerakan akan dikesan oleh sensor iaitu Kinect Xbox 360. Konsol ini mampu mengesan setiap sendi dalam tubuh badan manusia dengan menggunakan pemancar infra merah dan menghasilkan data ke komputer. Sensor Kinect ini juga mempunyai data dalam bentuk 3 Dimensi yang mempunyai paksi X, Y dan Z. Setiap data boleh diubah kepada instrumen muzik dan kesan bunyi khas melalui pergerakan manusia dalam masa nyata. Secara tidak langsung pengguna yang bermain dengan permainan ini akan menghasilkan satu bunyi tersendiri. Projek ini sesuai untuk kanak-kanak spastik, yang boleh digunakan sebagai terapi. Setiap pergerakan akan menghasilkan bunyi dan visual sekaligus memberi motivasi kepada mereka dalam melakukan terapi. Menurut pakar, selain penggunaan ubat-ubatan, terapi melalui fizikal juga penting untuk meningkatkan prestasi fungsi otot mereka. Secara kesimpulan penghasilan projek ini sesuai dengan konteks sebagai memotivasi kanak-kanak spastik untuk melakukan terapi fizikal. Kandungan kertas ini adalah sebahagian daripada dokumentasi projek Holographic Transdisciplinary Conservation 203/PTS/67270004
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR |
Divisions: | Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 21 Feb 2018 07:30 |
Last Modified: | 21 Feb 2018 07:30 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/39091 |
Actions (login required)
View Item |