Peranan Ergonomik Dalam Rekabentuk Kerusi Sekolah: Kajian Kes Di Sekitar Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang

Md. Isa, Wahyuni Masyidah and Mohamed Khalid, Noor Azlina and Zainuddin, Muhammad Fauzi (2014) Peranan Ergonomik Dalam Rekabentuk Kerusi Sekolah: Kajian Kes Di Sekitar Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (181kB) | Preview

Abstract

Ergonomik memainkan peranan yang penting dalam rekabentuk kerusi sekolah. Postur duduk yang janggal akibat daripada rekabentuk kerusi yang tidak sesuai mampu menyumbang ke arah kesan yang negatif kepada kesihatan kanak-kanak. Isu ini dapat dilihat melalui penyelidikan yang mempersoalkan tentang kesesuaian ukuran kerusi yang terdapat di sekolah rendah yang digunakan oleh Murid Sekolah Rendah Tahap Satu (MSRTS). Seramai 108 orang responden telah terlibat dalam penyelidikan ini yang terdiri daripada MSRTS yang berumur 7, 8 dan 9 tahun dari 12 buah Sekolah Rendah Kebangsaan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penyelidikan ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengenalpasti ketidak-sepadanan antropometri responden dengan ukuran kerusi yang digunakan di sekolah. Antropometer, goniometer, penimbang berat badan dan pita ukur digunakan bagi memperolehi data antropometri responden dan ukuran kerusi dari setiap sekolah. Data antropometri dan ukuran kerusi dianalisa menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Postur duduk responden ketika sesi pembelajaran di dalam kelas turut dirakam dan dianalisa bagi menyokong data SPSS yang diperolehi. Dapatan kajian mencatatkan data antropometri MSRTS tidak sepadan dengan ukuran kerusi yang digunakan di sekolah. Oleh itu, pertimbangan terhadap faktor ergonomik dalam rekabentuk kerusi sekolah adalah perlu bagi memastikan kesihatan dan keselesaan MSRTS di sekolah

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 15 Feb 2018 06:25
Last Modified: 15 Feb 2018 06:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38968

Actions (login required)

View Item View Item
Share