Penyampaian Visual Melalui Teknik Holografi Dalam Mengangkat Kesenian Tradisional Mak Yong

Md Azahri, Zulhusni and Mat Desa, Mohd Asyiek and Mohd Bakhir , Norfarizah (2014) Penyampaian Visual Melalui Teknik Holografi Dalam Mengangkat Kesenian Tradisional Mak Yong. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (233kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan teknik visual tiga dimensi yang menjurus kepada penggunaan teknologi media baru, iaitu holografi. Teknik holografi ini diperolehi dengan gabungan visual tiga dimensi yang akan dipancarkan melalui projeksi yang akan berinteraksi antara ruangan asap dan gelombang cahaya. Visual yang dihasilkan akan mewujudkan sesuatu objek yang akan muncul dan boleh dilihat melalui pandangan depan oleh penonton. Projek yang dijalankan melalui teknik holografi ini merupakan suatu teknik pemetaan cahaya yang menggabungkan elemen- elemen tiga dimensi dengan teknik kesan khas yang akan dipersembahkan disuatu ruangan. Teknik ini merupakan satu pemetaan cahaya ke atas permukaan asap. Hasil daripada interaksi ini, gelombang cahaya akan melalui ruangan asap dan akan mewujudkan imej apabila dipancarkan kepada permukaan asap tersebut dan imej yang akan muncul itu seolaholah timbul. Setiap pancaran cahaya juga yang telah diprogram animasi 3 dimensi juga akan digabungkan dengan elemen pergerakan warna grafik untuk membuatkan penonton tertarik dengan hasil dari unjuran perspektif

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Feb 2018 07:28
Last Modified: 12 Feb 2018 08:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38790

Actions (login required)

View Item View Item
Share