Komunikasi Digital Melalui Seni Arca

Omar, Aznan and Sedon @ M. Dom, Mohd Fauzi and Khairuddin, Khayril Anwar (2014) Komunikasi Digital Melalui Seni Arca. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (568kB) | Preview

Abstract

Penyelidikkan ini bertujuan mengkaji siri karya seni arca dengan cara menganalisa komunikasi digital melalui teknologi mobil. Teknologi mobil merupakan satu kaedah komunikasi popular di abad ke 21. Pengarca mengaplikasikan komunikasi digital melalui pelantar teknologi mobil sebagai medium dalam penghasilan karya. Penyelidikan ini menggunakan kaedah praktis studio melalui kajian yang melibatkan eksperimentasi. Justeru itu, fabrikasi bentuk menerusi modifikasi dan manipulasi menjadi teras dalam proses eksperimentasi kajian seni arca. Di Malaysia, pendekatan komunikasi digital sebagai medium adalah sangat terhad. Ini disebabkan oleh perkembangan seni arca di Malaysia adalah terkebelakang berbanding barat. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengembangkan komunikasi digital merentasi media dalam konteks seni arca dan merupakan medium baru dalam bidang seni kontemporari. Teknologi mobil merupakan keperluan bagi generasi hari ini kerana kepentingan multi fungsinya. Peranti mudah alih, pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai barang mewah yang hanya digunakan oleh individu tertentu sahaja. Namun, kini telah menjadi gaya hidup digital dan mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat tanpa mengira usia atau pun jantina. Disebalik perkembangan teknologi mudah alih ini, fungsi gajet telah menjadi begitu penting melibatkan beberapa bidang utama di dalam kehidupan. Ia mempengaruhi serta membentuk budaya komunikasi dan hiburan. Hasil kajian ini mendapati komunikasi digital dalam kontek seni arca menjelaskan kebergantugan dan interaksi manusia dengan mesin melalui gaya hidup digital. Ia merupakan suatu ekspresi terhadap aspirasi, emosi dan obsesi yang menjelaskan gaya hidup digital masa kini

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Feb 2018 07:20
Last Modified: 12 Feb 2018 08:08
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38787

Actions (login required)

View Item View Item
Share