Simbolisme Dalam Seni Pertukangan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur

Abdul Wahab, Mohd Rohaizat and Nik Rahman, Nik Hassan Shuhaimi and Ramli , Zuliskandar (2014) Simbolisme Dalam Seni Pertukangan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (383kB) | Preview

Abstract

Masyarakat di Pantai Timur sangat kaya dengan seni tampak dan seni persembahan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Seni ini juga didapati mempunyai persamaan di tiga buah negeri yang berbeza walau pun terdapat jurang perbezaan geografi. Persamaan ini boleh didapati dalam dialek, bahasa, persembahan, binaan dan artifak warisan silam. Kemahiran pertukangan Melayu juga dikuasai oleh masyarakat Melayu di Pantai Timur dan ia juga dihasilkan dengan penuh seni dan bergaya. Artifak seperti perahu, rumah dan perabot masih lagi dapat dilihat sehingga sekarang dan mempunyai nilai seni yang tinggi. Kertas ini bertujuan untuk memaparkan simbol-simbol yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada seni pertukangan perahu. Seni ini dapat dilihat pada ukiran dan lukisan yang dihasilkan pada perahu tradisional Melayu di Pantai Timur. Kesenian ini yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan dan keindahan malah ia mempunyai perlambangan dan simbolik yang tersendiri. Seni perhiasan yang dihasilkan ini menunjukkan bahawa 3 perkara utama perlu ada dalam kesenian Melayu iaitu fungsi, estetika dan etika. Kepercayaan tentang adanya kuasa ghaib yang memelihara dan menjaga keselamatan mereka di laut dan keupayaan mereka mendapatkan sumber pendapatan daripada hasil laut mendasari penghasilan kesenian perhiasan perahu ini

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 09 Feb 2018 08:00
Last Modified: 12 Feb 2018 08:14
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38772

Actions (login required)

View Item View Item
Share