Interpretasi Intrinsik Dalam Karya Catan Syed Ahmad Jamal

Musa, Nur Nazirah and Ramli, Harozila (2014) Interpretasi Intrinsik Dalam Karya Catan Syed Ahmad Jamal. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25-27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (166kB) | Preview

Abstract

Penulisan ini memberi fokus terhadap karya catan Syed Ahmad Jamal yang dipilih sekitar tahun 50-an sehingga tahun 2000. Salah satu karyanya “ Gunung Ledang/ Tanjung Kupang” memberi identiti kepada pelukis Syed Ahmad Jamal. Sorotan literatur berkaitan catan dan katalog-katalog pameran sekitar tahun 1950-an sehingga tahun 2000 menjadi satu sumber rujukan yang penting untuk mengkaji perkembangan “ Interpretasi Intrinsik dalam penulisan ini. Karya-karya beliau dalam perkembangan Seni Lukis Moden Malaysia wajar dikaji dan direkodkan. Kajian kualitatif ini berdasarkan data yang dikumpul daripada katalog- katalog pameran, buku-buku, dan lain- lain rekod rasmi. Permasalahan dalam pencarian makna karya sukar untuk dijelaskan secara tepat namun analisis melalui simbol,bentuk,warna dan tema diberikan tumpuan dalam mengetahui makna yang tersirat. Berdasarkan analisis yang dibuat karya beliau mewakili identiti Melayu dan Islam iaitu penekanan diberi terhadap sejarah dan budaya Melayu yang bercirikan seni moden. Selain itu pengalaman sepanjang menjadi seniman menjadi salah satu faktor yang dipamerkan dalam catan. Kesimpulannya penulisan ini membuka ruang lebih luas kepada kajian-kajian mendalam dan bersifat ilmiah di dalam perkembangan seni lukis moden Malaysia serta memberi pengetahuan dalam menjelaskan karya Syed Ahmad Jamal dengan lebih mendalam

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 09 Feb 2018 07:51
Last Modified: 12 Feb 2018 08:15
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38771

Actions (login required)

View Item View Item
Share