Wan Ismail, Wan Faisham
(2010)
Trauma kecederaan anggota dan rawatannya.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
(Submitted)
Abstract
Kemalangan yang menimpa seseorang dan kecacatan yang berlaku akibat kecederaan kemalangan bukan bermakna mangsa akan menjadi cacat selamanya, yang bakal
menggelapkan masa depan. Keadaan ini harus dianggap sebagai suatu cabaran hidup yang perlu dihadapi dan titik permulaan untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang dengan lebih tabah. Dengan itu, hari esok akan menjadi lebih bernilai dan bererti.
Pengetahuan tentang kecederaan, pertolongan awal dan rawatan bukan sahaja berguna untuk menolong mangsa kemalangan. Malahan, mangsa yang tercedera akan lebih
bersedia untuk menjalani proses rawatan. Dengan pengetahuan yang ada, mangsa akan berasa kurang takut dan lebih yakin semasa menjalani rawatan. Pengalaman menjalani rawatan dapat dipertingkat dengan cadangan yang dapat dilakukan oleh pesakit semasa rawatan.
Actions (login required)
|
View Item |