Analisis Acuan Indeks Pembangunan

Wan Hasan, Wan Norhaniza and Hanapi, Mohd Shukri (2014) Analisis Acuan Indeks Pembangunan. Global Journal Al-Thaqafah, 4 (1). pp. 113-126. ISSN 2232-0474

[img]
Preview
PDF
Download (320kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis acuan yang mencorakkan indeks pembangunan sedia ada. Terdapat pelbagai indeks pembangunan yang digunakan untuk mengukur tahap pembangunan di dunia. Setiap indeks pembangunan dibina berasaskan acuan pembangunan. Persoalannya, apakah acuan yang digunakan dalam pembinaan indeks-indeks pembangunan itu? Bagaimanakah acuan tersebut mempengaruhi pemilihan indikator dalam indeks-indeks pembangunan itu? Kertas kerja ini cuba menjawab kedua-dua persoalan dengan memilih dan menganalisis tiga jenis indeks pembangunan lazim, iaitu indeks pembangunan ekonomi (IPE), indeks pembangunan sosial (IPS) dan indeks pembangunan lestari (IPL). Untuk itu, fokus perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, meneliti kepentingan acuan pembangunan dalam indeks pembangunan. Kedua, menganalisis acuan pembangunan dalam indeks-indeks pembangunan terpilih, dan ketiga, merumuskan acuan bagi indeks pembangunan berteraskan Islam (PBI). Akhir sekali, kertas kerja ini merumuskan bahawa indeks PBI tidak boleh dibina berasaskan acuan indeks pembangunan lazim. Indeks PBI mestilah dibina beracuankan tasawur Islam. Sesuatu indeks pembangunan itu tidak boleh dikatakan indeks PBI jika ia tidak dibina beracuankan tasawur Islam.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Article
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 09 Jan 2018 08:12
Last Modified: 09 Jan 2018 08:12
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/38316

Actions (login required)

View Item View Item
Share