Abd Aziz, Rosliza and Mohamad, Zakaria (2015) Terapi Seni Ekspresif Sebagai Intervensi Kaunseling Dalam Memangkinkan Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 623-628. ISBN 978-967-11473-2-0
|
PDF
Download (424kB) | Preview |
Abstract
Kertas konsep ini membincangkan tentang aplikasi terapi seni ekspresif sebagai intervensi kaunseling dalam memangkinkan strategi daya tindak ibu tunggal. Terapi seni ekspresif merupakan pendekatan kontemporari yang digunakan secara meluas di negara-negara barat dan di beberapa negara Asia Tenggara dalam proses perhubungan menolong, memahami diri, meningkatkan potensi diri dan pembangunan sumber manusia. Namun penggunaannya masih belum meluas di Malaysia. Dalam konteks permasalahan ibu tunggal pula, kajian-kajian lepas mengklasifikasikan masalah ibu tunggal kepada masalah kesepian batin, pengurusan emosi, kerjaya, ekonomi, penjagaan anak-anak, sosial dan keselamatan. Justeru, ibu tunggal perlu mempunyai pengetahuan serta kemahiran tentang strategi berdaya tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada keluarga, rakan-rakan atau kaunselor semasa menghadapi sesuatu masalah. Oleh yang demikian, terapi seni ekspresif dilihat sebagai intervensi yang positif dalam memangkinkan strategi daya tindak ibu tunggal, di samping mencari makna sebenar kehidupan mereka dengan menggunakan bahan-bahan tertentu atau pelbagai media seni yang disediakan dalam sesi kaunseling.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) |
Depositing User: | ASM Ab Shukor Mustapa |
Date Deposited: | 24 Nov 2017 07:38 |
Last Modified: | 24 Nov 2017 07:38 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/37644 |
Actions (login required)
View Item |