Persepsi Kaunselor terhadap Isu berkaitan Bunuh Diri dan Idea Membunuh Diri: Satu Analisa

Kamin, Ame Husna and Amat, Salleh (2015) Persepsi Kaunselor terhadap Isu berkaitan Bunuh Diri dan Idea Membunuh Diri: Satu Analisa. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 541-549. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (611kB) | Preview

Abstract

Bunuh diri merupakan suatu isu yang menjadi perhatian dalam profesion Kaunseling semenjak dahulu lagi. Mutakhir ini, klien yang datang dengan isu-isu etika yang mencabar seperti bunuh diri memilih kaunseling sebagai terapi rasional bagi pencegahan melalui pertimbangan diri. Analisa literature mendapati terdapat cabaran-cabaran berkaitan isu ini dengan profesion Kaunseling dan mengenalpasti hubungan antara kepercayaan peribadi kaunselor tentang bunuh diri dan sikap beliau terhadap klien yang menyatakan “Idea untuk membunuh diri”. Persepsi kaunselor dilihat dari sudut pengetahuan, latihan, keagamaan, nilai dan kepercayaan peribadi kaunselor juga tanggapan mereka terhadap kematian. Hasil analisa mendapati bahawa persepsi kaunselor terhadap isu bunuh diri dan idea untuk membunuh diri oleh klien terbahagi kepada dua bahagian Utama iaitu pertama Bunuh Diri merupakan satu pilihan, kedua Bunuh diri atau Idea untuk membunuh diri disebabkan beberapa faktor iaitu putus asa, kegagalan, keraguan dan dasar tanggungjawab. Implikasinya beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti latihan kaunselor, amalan klinikal dan penyelidikan lanjut di masa hadapan perlu dilaksanakan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 24 Nov 2017 01:51
Last Modified: 24 Nov 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37634

Actions (login required)

View Item View Item
Share