Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

Ruhaizad, Muhammad Nur (2015) Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 356-364. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (743kB) | Preview

Abstract

Dalam beberapa tempoh kebelakangan ini pengeluaran minyak sawit telah mengatasi beberapa pengeluaran minyak sayuran lain seperti minyak soya, minyak jagung dan minyak kacang. Perubahan harga minyak sayuran lain juga memainkan peranan penting dalam perubahan permintaan minyak sawit. Kajian ini adalah untuk mengkaji perubahan permintaan minyak sawit di Malaysia terhadap perubahan harga minyak sayuran lain. Pengukuran berdasarkan kaedah Ekonometrik dengan menggunakan data dari tahun 1975 hingga 2010 untuk mengukur perubahan permintaan minyak sawit di Malaysia. Kajian menunjukkan perubahan harga sawit sebanyak 1 unit (RM 1/ tan metrik) akan menyebabkan jumlah permintaan kelapa sawit berkurangan sebanyak 0.634474 tan metrik. Perubahan peningkatan dalam harga minyak soya sebanyak 1 unit (1 USD/ tan Metrik) akan menyebabkan jumlah permintaan minyak sawit bertambah sebanyak 0.384666 tan metrik. Perubahan dalam pendapatan perkapita penduduk 1 unit (RM juta) akan menyebabkan jumlah kuantiti diminta minyak kelapa sawit bertambah sebanyak 2.81047 tan metrik. Perubahan dalam penduduk 1 unit ( juta orang) akan menyebabkan jumlah kuantiti diminta minyak kelapa sawit bertambah sebanyak 3.933942 tan metrik. Kesimpulannya keempat-empat pembolehubah iaitu harga kelapa sawit, harga minyak soya, pendapatan perkapita dan populasi penduduk adalah mempengaruhi permintaan minyak kelapa sawit di Malaysia.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 23 Nov 2017 07:17
Last Modified: 23 Nov 2017 07:17
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37616

Actions (login required)

View Item View Item
Share