Hj Makawi, Kasmaroni (2015) Kajian Jangka Panjang Sektor Pelancongan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 350-355. ISBN 978-967-11473-2-0
|
PDF
Download (300kB) | Preview |
Abstract
Teori perkembangan pelancongan mengatakan sumbangan sektor pelancongan berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi khususnya di negara membangun. Kajian ini cuba mengenal pasti sama ada sektor pelancongan memberi kesan jangka masa panjang yang positif kepada ekonomi negara. Persoalan ini diuji menggunakan analisis Kointegrasi dan ujian penyebab Granger. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan jangka masa panjang yang positif antara bilangan kemasukan pelancong dan KDNK negara. Manakala hubungan sebab penyebab Granger pula menunjukkan KDNK negara boleh digunakan untuk meramal bilangan kemasukan pelancong tetapi bilangan kemasukan pelancong tidak mencukupi untuk meramal KDNK negara. Kajian ini membuktikan perbelanjaan kerajaan untuk menarik bilangan pelancong bukanlah suatu usaha yang sia-sia memandangkan ianya akan memberikan kesan positif kepada KDNK negara pada jangka masa panjang.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) |
Depositing User: | ASM Ab Shukor Mustapa |
Date Deposited: | 23 Nov 2017 07:12 |
Last Modified: | 23 Nov 2017 07:12 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/37615 |
Actions (login required)
View Item |