Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia

Abd Rahman, Nur Hairani and Mokhtar, Khairiah Salwa (2015) Perkembangan dan Implikasi Urus Tadbir Penyakit Tibi di Malaysia. In: Conference Proceedings of Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). School of Social Sciences, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 197-205. ISBN 978-967-11473-2-0

[img]
Preview
PDF
Download (325kB) | Preview

Abstract

Penularan gejala tibi yang tidak terkawal berupaya memberi kesan negatif kepada kualiti kesihatan masyarakat. Meskipun penularan gejala ini di Malaysia pada ketika ini tidak sehebat tahun 1960-an, namun sekiranya tidak dipantau dan dikawal, maka tidak mustahil penularan gejala ini boleh menjadi lebih teruk. Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan bertanggungjawab dalam mengurus tadbir isu kesihatan termasuklah penyakit tibi. Jika merujuk kepada pola jangkitan tibi di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap jumlah kes-kes kejadian tibi yang dilaporkan saban tahun. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan adakah negara sedang mengalami penurunan kualiti kesihatan dalam masyarakat? Berdasarkan kepada persoalan ini, objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada peningkatan pola gejala tibi di Malaysia. Kajian ini mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan gejala tibi yang dilaporkan, antaranya seperti peningkatan kadar pengesanan, aktiviti saringan dan kawalan penyakit tibi, pemerkasaan terhadap program-program dan promosi kesihatan serta penggunaan sistem rawatan terapi yang lebih baik. Kajian ini merumuskan bahawa pihak kerajaan telah menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan baik bagi mengawal penularan jangkitan tibi di Malaysia. Peningkatan jumlah jangkitan tibi adalah satu trend positif yang mana inisiatif-inisiatif yang diusahakan pihak kerajaan membantu untuk mengesan lebih banyak kes jangkitan dan ini secara tidak langsung berupaya untuk membantu mengawal penularan penyakit berjangkit ini daripada terus berleluasa pada masa akan datang.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS)
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 21 Nov 2017 08:03
Last Modified: 21 Nov 2017 08:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/37586

Actions (login required)

View Item View Item
Share