Ismail, Aziah
(2001)
Pengekspresian dan Kajian Imunologi Ke Atas Gen mtp40 Daripada Mycobacterium tuberculosis.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pembangunan vaksin yang berkesan adalah dianggap satu kaedah utama dalam
kawalan terhadap tuberkulosis di seluruh dunia. Fokus utama projek ini ialah protein
MTP40 pada M. tuberculosis yang telah di/aporkan sebelum ini mengandungi keduadua
epitop sel S dan sel T. Dalam kajian ini gerak balas keimunan terhadap 7 peptida
yang diterbitkan daripada protein MTP40 dalam M. tuberculosis telah diuji dengan
kaedah "enzyme linked immunosorbent assay" (ELISA) dan "Iymphoblastic
transformation test" (L TT) menggunakan spesimen pesakit TS (TS), individu yang
terdedah kepada TS tanpa gejala (HC) dan individu kawalan (NC). Gerak balas
antibodi terhadap peptida MTP40 secara umumnya didapati lebih tinggi dalam
kumpulan TS berbanding dengan kumpulan HC tetapi hanya peptida P1 dan P2 yang
memberikan perbezaan yang signifikan pada kedua-dua kumpulan tersebut. Di
samping itu, gerak balas limfosit terhadap peptida tersebut adalah lebih tinggi di
kalangan individu kumpulan HC berbanding dengan kumpulan TS di mana P1, P2, P5
dan P6 memberikan perbezaan yang signifikan. Keputusan ini mencadangkan MTP40
mung kin bergunak sebagai calon vaksin. Kajian lanjut telah dilakukan dengan lebih
mendalam untuk mengkaji kemungkinan ini.
Gen
Actions (login required)
|
View Item |