MPRC, Pusat Media & Perhubungan Awam
(2015)
PARLIMEN MAHASISWA DIANGKAT KE PERINGKAT
ASEAN.
USM News Portal.
Abstract
PULAU PINANG, 17 Disember 2015 – Penubuhan Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia
(DPP USM) membawa kepada tertubuhnya Parlimen Belia dan rentetan daripada itu Parlimen
Mahasiswa Malaysia.
“Kini, USM melalui Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) akan mengetuai satu lagi projek yang akan
menggabungkan pemimpin mahasiswa di peringkat ASEAN dan didoakan projek tersebut dapat
direalisasikan pada Julai 2016,” demikian kata Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal
Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), USM Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein ketika merasmikan
Majlis Perasmian DPP Sidang Akademik 2015/2016 di sini hari ini.
Actions (login required)
|
View Item |