Abu Kassim, Rahamat
(2008)
Darurat di Tanah Melayu, 1948-1960 / strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemerintah.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada peristiwa darurat di Tanah Melayu yang
bermula pada tahun 1948 hingga tahun 1960. Penyelidikan ini mengupas tentang strategi
PKM ketika berdepan dengan pemerintah yang juga mengaplikasikan pelbagai strategi
untuk mengalahkan PKM di Tanah Melayu. Walaupun tidak mudah menghadapi segala
kekuatan British yang mengepung dari laut, udara dan darat namun gerila PKM masih
mampu memberi tentangan melalui taktik 'perang gerila'. Walaupun ia tidak menjadi
peperangan besar dan menyeluruh di Tanah Melayu tetapi ia cukup untuk 'menghuruharakan'
pentadbiran British dan mencemaskan pemerintah sehingga menyebabkan setiap
pemimpin semakin sibuk dengan strategi yang menggunakan pelbagai nama 'operasi' yang
berubah mengikut masa dan tempat.
This study focuses on the Malayan Emergency which started in 1948 and ended in
1960. This research analyses the strategy of The Malayan Communist Party (MCP) which
faced a government that had applied various strategies to defeat the MCP. Although it was
not easy for the MCP to neutralize British strength which had complete domination of the
seas, land and air MCP guerillas managed to resist using guerilla warfare. In the process it
managed to disrupt the British administration and caused alarm to the government. This
led to the development of government strategies under various names to suit the particular
time and place.
Actions (login required)
|
View Item |