Ishak, Norakmarwati
(2003)
Konsep bina kemudian jual : satu alternatif penyelesaian masalah pembeli rumah.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia .
Abstract
Perlaksanaan sistem jual-beli rumah sedia iaitu sistem "Jual Kemudian Bina (JKB)"
menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada pembeli rumah sejak sekian lama. Sebagai
altematif, sistem "Bina Kemudian Jual (BKJ)" telah dicadangkan pada 1992 oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan pengalaman dari
perlaksanaan sistem ini di United Kingdom dan Australia, sistem ini mampu mengelakkan
segala bentuk masalah yang wujud dari sistem JKB. Namun, sehingga kini cadangan
tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat bantahan dari pihak-pihak berkenaan
khususnya Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia (HDA atau sekarang ini dikenali sebagai
REHDA). Dalam hal ini timbul pertanyaan apakah masalah yang dihadapi oleh pembeli
rumah serta apakah punca kepada masalah yang timbul akibat dari perlaksanaan konsep
JKB. Atas sebab ini satu kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh para pembeli rumah serta mengetahui punca terjadinya masalah-masalah tersebut.
Selain dari itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kaedah perlaksanaan konsep bina
kemudian jual serta mengenalpasti kebaikan dan keburukan konsep tersebut di dalam
memastikan kesesuaian perlaksanaannya di negara ini. Oleh kerana belum ada kajian yang
dibuat_bagi topik ini maka langkah pertama adalah dengan melakukan kajian literatur yang
mana dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pertama adalah masalah pembeli; kedua
punca kepada masalah tersebut; dan yang ketiga mengenalpasti kemampuan dan kesesuaian
konsep bina kemudian jual di dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pembeli
rumah.
The implementation of the existing sale and purchase system that is "Sell Then Build
(STB)" system has caused many problems to house buyers for so long. As an alternative
"Build Then Sell (BTS)" system was proposed in 1992 by Ministry of Housing and Local
Government. Based from the experience of the implementation in United Kingdom and
Australia, this system is capable of avoiding all forms of problem that exist from STB
system. However, up until now the proposal is not implemented due to objections from
relevant parties especially from Housing Developers Association (HDA or recently known
as REHDA). In this matter, questions are raised on what are the problems faced by house
buyers and what are the source of the problems that arise :from implementing STB system.
Due to this reason a study has been carried out to identify the problems faced by the house
buyers and to determine their causes. Apart from that, it is done to find out the method of
implementing the build then sell concept and to identify its benefits and drawbacks in order
to determine its suitability to be used in this country. Since no research had been done on
this topic, the first step was to do literature review, which was divided into three main areas.
Firstly, problems faced by house buyers; secondly, their causes and thirdly, identifying the
ability and the suitability of build then sell concept in solving the house buyers problems.
Actions (login required)
|
View Item |