Ho, Ling Ling
(2001)
Kajian penilaian strategik alam sekitar dalam penyediaan rancangan tempatan Paya Terubong, Pulau Pinang.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penilaian Strategik Alam Sekitar atau lebih dikenali umum sebagai Strategic Environmental Assessment (SEA) pada dasarnya merupakan suatu penilaian impak alam sekitar pada peringkat strategik bagi sesuatu Polisi, Pelan dan Program (PPP) berbanding dengan Penilaian lmpak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment-EIA) yang dijalankan pada peringkat projek tertentu sahaja. Timbulnya
idea SEA adalah sebagai instrumen perancangan ke arah pembangunan mampan dengan pengurusan sumber yang baik, menggalakkan proses perancangan yang lebih telus dengan penglibatan awam yang aktif dan menangani limitasi EIA yang hanya berperanan pada peringkat akhir proses membuat keputusan tentang keboleh!aksanaan sesuatu projek, sedangkan kebanyakan isu alam sekitar yang
signifikan harus ditentukan pada peringkat strategik lagi misalnya cadangan pembangunan awal pada peringkat rancangan tempatan. Justeru, penyelidikan ini
adalah berlandaskan suatu matlamat iaitu menjalankan Kajian Penilaian Strategik Alam Sekitar dalam penyediaan Rancangan Tempatan Paya Terubong, Pulau Pinang melalui Analisis Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan Analisis Keupayaan
Tampungan Kawasan Berbukit bagi menentukan Zon Kesesuaian Pembangunan Tanah pada Masa Hadapan bagi Paya Terubong.
Strategic Environmental Assessment (SEA) in principle, has been an environmental assessment at the strategic level for certain policies, plans and programmes (PPP), compared to Environmental Impact Assessment (EIA) which only been carried out at a certain phase of a project. The emerging of the idea for SEA is to form a planning instrument towards a sustainable development with good resource management promoting a more transparent planning process with active public participation and to overcome limitations in EIA, as it only takes place during the final stage of the decision-making process such as the viabiliiy of a project whereas the significant environmental issues has to be identified at the strategic stage such as preliminary development proposal plan at the local plan level. Thus, this research is based on an aim which is to carry out an SEA study in the preparation of Paya Terubong Local Plan with Environmental Sensiflf Areas' Analysis and Canying Capacity of Hill Land Analysis in order to determine Land Suitability Zone for the future development of Paya Terubong.
Actions (login required)
|
View Item |