Kajian Mengenai Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Konsep Asas Jirim Dan Zarah (The Understanding Of The Basic Concept Of Matter And Particle)

Saleh, Salmiza and Ahmad, Haslinda (2015) Kajian Mengenai Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Konsep Asas Jirim Dan Zarah (The Understanding Of The Basic Concept Of Matter And Particle). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 30 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (258kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kerangka alternatif dan kefahaman pelajar tingkatan empat terhadap konsep asas jirim dan zarah. Justeru, objektif kajian yang dibina adalah bertujuan mengkaji kewujudan kerangka alternatif dan seterusnya mengenal pasti kefahaman konsep asas jirim dan zarah terhadap status demografi pelajar. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah di daerah Butterworth, Pulau Pinang telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian menggunakan 19 soalan soal selidik berbentuk struktur yang diedarkan kepada pelajar untuk dijawab dalam tempoh masa satu jam. Konsep asas jirim yang diuji berfokuskan kepada definisi jirim, menghubungkaitkan benda dengan jirim, menyatakan tiga keadaan jirim, serta pengkelasan bahan-bahan jirim dan bukan jirim, manakala konsep zarah yang diuji pula berfokuskan kepada definisi atom dan molekul, menyatakan susunan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim, perbezaan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim dan sifat-sifat zarah jirim. Dua jenis statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan bilangan peratusan pelajar yang melibatkan kekerapan, skor pencapaian, min dan sisihan piawai, manakala statistik inferensi menggunakan Ujian-t sampel bebas dan ANOVA satu hala. Ujian-t sampel bebas yang digunakan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kefahaman konsep asas jirim dan zarah antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. ANOVA satu hala pula digunakan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kefahaman konsep asas jirim dan zarah antara pelajar Melayu, Cina dan India. Keputusan kajian mendapati kewujudan kerangka alternatif adalah antara penyebab permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran pelajar terhadap konsep asas jirim dan zarah. Dapatan kajian juga menunjukkan min skor kefahaman konsep asas jirim dan zarah antara jantina pelajar adalah berbeza secara signifikan. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa min skor kefahaman konsep asas jirim dan zarah antara kaum pelajar adalah tidak berbeza secara signifikan. Adalah diharapkan guru sains di sekolah akan sentiasa memberi perhatian yang sepenuhnya tentang kefahaman konsep asas jirim dan zarah agar dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan agar kewujudan kerangka alternatif dapat dikurangkan pada tahap minimum dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam konsep asas jirim dan zarah.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 31 May 2017 01:58
Last Modified: 31 May 2017 01:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34768

Actions (login required)

View Item View Item
Share