Kesan Penerapan Kepelbagaian Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir Analitis Melalui Aktiviti Pengayaan Bermodul (Effect Of Application Of Multiple Intelligence And Analitical Thinking Skills Through Modular Enrichment Activities)

Azid @ Aziz, Nurulwahida and Ismail, Hairul Nizam and Hashim, Ridzuan (2014) Kesan Penerapan Kepelbagaian Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir Analitis Melalui Aktiviti Pengayaan Bermodul (Effect Of Application Of Multiple Intelligence And Analitical Thinking Skills Through Modular Enrichment Activities). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 29 (1). pp. 1-14. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (311kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan dua buah modul aktiviti pengayaan berasaskan penyelesaian masalah. Modul pertama adalah aktiviti pengayaan berdasarkan empat jenis kepelbagaian kecerdasan (KK) manakala modul kedua mengintegrasikan aspek kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran berfikir analitis (KK + KBA). Penerapan empat jenis kecerdasan tersebut adalah seperti yang diperkenalkan oleh Gardner (1983), yang terdiri daripada kecerdasan ruang visual, kinestatik, muzik dan interpersonal. Manakala kemahiran berfikir analitis adalah seperti yang diperkenalkan oleh Sternberg (1996) dalam teori kecerdasan berjaya (successful intelligence). Kajian kuasi eksperimen ini menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca. Ia dijalankan di dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang bertindak sebagai kumpulan rawatan 1 (KR1) dan rawatan 2 (KR2). KR1 menggunakan modul KK sahaja manakala KR2 menggunakan modul KK + KBA. Dua jenis instrumen digunakan, iaitu Sternberg Triarchic Ability Test (STAT) dan ujian kepelbagaian kecerdasan (McKenzie, 2000). Analisis ANCOVA digunakan dengan menjadikan ujian pra sebagai kovariat bagi melihat kesan perbezaan profil kepelbagaian kecerdasan dan tahap kemahiran berfikir analitis antara kedua-dua kumpulan rawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengintegrasian empat jenis kecerdasan dan kemahiran berfikir analitis melalui aktiviti pengayaan bermodul merangsang peningkatan profil kepelbagaian kecerdasan dan tahap kemahiran berfikir analitis KR2 secara signifikan

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 31 May 2017 01:17
Last Modified: 31 May 2017 01:17
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34761

Actions (login required)

View Item View Item
Share