Kajian Tentang Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas (A Study On Job Satisfaction Among Special Education Teachers)

Mohamad, Junaidah and Nik Yaacob, Nik Rosila (2013) Kajian Tentang Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas (A Study On Job Satisfaction Among Special Education Teachers). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 28 (1). pp. 1-13. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (203kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja berdasarkan faktor-faktor (a) imbuhan, (b) tugas, dan (c) persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut jantina, tempoh pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi dalam pendidikan khas. Sampel kajian ialah 115 orang guru pendidikan khas di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Perlis. Instrumen yang digunakan ialah Soal Selidik Kepuasan Bekerja Guru yang telah diterjemah daripada Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ). Instrumen ini mempunyai 66 item yang merangkumi sembilan subskala iaitu penyeliaan, rakan sekerja, suasana tempat kerja, gaji, tanggungjawab, kerja, kenaikan pangkat, keselamatan dan pengiktirafan. Data dianalisis dengan menggunakan Ujian-t dan Ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja berdasarkan faktor-faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja mengikut jantina, tempoh pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi Pendidikan Khas dalam kalangan guru-guru pendidikan khas.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 30 May 2017 04:50
Last Modified: 30 May 2017 04:50
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34718

Actions (login required)

View Item View Item
Share