Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah (The Effects Of Clinical Supervision On The Teaching Performance Of Secondary School Teachers)

Veloo, Arsaythamby and A Komuji, Mary Macdalena (2013) Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah (The Effects Of Clinical Supervision On The Teaching Performance Of Secondary School Teachers). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 28 (1). pp. 1-22. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (260kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan penyeliaan klinikal ke atas prestasi pengajaran guru di sekolah menengah di Sabah. Kajian ini melibatkan 33 orang guru dari sebuah sekolah menengah di mana 11 (33%) adalah guru lelaki dan 22 (67%) adalah guru perempuan. Kajian ini menggunakan satu set instrumen untuk memerhati pengajaran dan pembelajaran yang telah diadaptasi daripada Instrumen Pemastian Standard (IPS) dari Jemaah Nazir Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). IPS telah digunakan oleh semua sekolah untuk menilai dimensi III, pengurusan program pendidikan, elemen ke-9 yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Prestasi pengajaran guru diukur berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian (RPH), set induksi, penyampaian pengajaran, teknik penyoalan, penglibatan pelajar, pengukuhan, latihan pelajar dan tugasan, memeriksa latihan dan tugasan pelajar, penutupan pelajaran dan pengurusan kelas sebelum dan selepas penyeliaan klinikal. Hasil dapatan kajian ini membantu guru-guru di sekolah untuk mengetahui kekurangan dan kelebihan ketika penyampaian pengajaran dilakukan dalam bilik darjah. Penyeliaan klinikal turut membantu guru dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pengajaran dapat meningkatkan penguasaan pelajar. Penyeliaan klinikal juga dapat dijadikan panduan kepada jemaah nazir sekolah untuk memperbaiki IPS yang digunakan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 30 May 2017 04:37
Last Modified: 30 May 2017 04:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34717

Actions (login required)

View Item View Item
Share