Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya Terhadap Proses Pengajaran (Current Special Education Classroom And Its Limitations Towards Teaching Process)

Mohd Yasin, Mohd Hanafi and Toran, Hasnah and Tahar, Mohd Mokhtar and Bari, Safani and Ibrahim, Siti Nur Nadirah and Zaharudin, Rozniza (2013) Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya Terhadap Proses Pengajaran (Current Special Education Classroom And Its Limitations Towards Teaching Process). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 28 (1). pp. 1-9. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (50kB) | Preview

Abstract

Suasana sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan aktiviti pembelajaran yang baik. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum sesebuah bilik darjah pendidikan khas dibina atau diubah suai. Bilik darjah yang sempit boleh menghasilkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang hambar dan kurang berkesan. Bilik darjah pendidikan khas (PK) sepatutnya dibina secara terancang serta memenuhi ciri-ciri sebuah ruang pembelajaran bagi pelajar-pelajar PK. Sebagai contoh, program PK perlu disediakan tandas, laluan bagi pelajar kurang upaya fizikal, perabot dan ruang penyimpanan alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian. Ini adalah kerana bilik darjah yang sesuai, selesa, ceria dan menarik boleh menimbulkan minat pelajarpelajar PK untuk belajar. Di Malaysia masih terdapat banyak bilik darjah PK yang dibina dan diubah suai tidak mengikuti ciri-ciri sebuah bilik darjah pelajar-pelajar PK. Ada pihak-pihak bertanggungjawab kurang mengambil berat tentang hal ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian infrastruktur fizikal sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di seluruh negara. Seramai 319 responden yang terdiri daripada guru PK telah memberikan pandangan mereka. Majoriti daripada mereka kurang berpuas hati terhadap infrastruktur bilik darjah PK di sekolah mereka. Mereka juga menyatakan bahawa bilik darjah yang disediakan sempit dan tidak sesuai dengan bilangan pelajar. Masalah lain yang turut dihadapi oleh mereka ialah kekurangan bahan bantu mengajar dan kemudahan yang terhad bagi pelajar PK. Kajian juga mendapati bahawa kelengkapan infrastruktur multimedia masih tidak mencukupi. Secara keseluruhan dapatlah disimpulkan bahawa infrastruktur bilik darjah sekolah dan PPKI di negara ini masih memerlukan penambahbaikan dan peningkatan mengikut satu spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh badan yang bertanggungjawab.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 25 May 2017 06:29
Last Modified: 25 May 2017 06:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34610

Actions (login required)

View Item View Item
Share