Penggunaan Strategi Belajar Bersama Rakan Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Teknologi Mara (Uitm) (The Use Of Peer Learning Strategy Among Arabic Language Course Students At Universiti Teknologi Mara (Uitm))

Yusri, Ghazali and Nik Mohd Rahimi, Nik Mohd Rahimi and M. Shah, Parilah and Wah, Wan Haslina and Hassan, Ahmed Thalal (2012) Penggunaan Strategi Belajar Bersama Rakan Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Teknologi Mara (Uitm) (The Use Of Peer Learning Strategy Among Arabic Language Course Students At Universiti Teknologi Mara (Uitm)). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 27 (1). pp. 1-14. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (123kB) | Preview

Abstract

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Seramai 445 orang sampel terlibat dalam soal selidik yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar menggunakan strategi ini pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap subkomponen strategi ini pula menunjukkan bahawa ia paling banyak digunakan dalam gerak kerja berkumpulan, manakala tahap kesediaan pelajar untuk menerangkan pelajaran kepada rakan serta kesediaan pelajar untuk meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan, masih lagi sederhana. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM seperti menggunakan pembantu pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sendiri.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 25 May 2017 06:07
Last Modified: 25 May 2017 06:07
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34601

Actions (login required)

View Item View Item
Share