Yahaya*, Azizi and Ramli , Jamaludin and Ismail, Mazeni
(2010)
Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah
Di Empat Buah Negeri Di Malaysia
(Factors That Contributed Stress Among
Secondary School Teachers In Four
States In Malaysia).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 25 (1).
pp. 1-34.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang
menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru
dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas
kelompok. Soal selidik digunakan dalam kajian ini untuk mengukur lebihan kerja,
hubungan interpersonal dan persekitaran kerja (Administrative Stress Index, ASI) dan soal
selidik ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri (General Health
Questionnaire, GHQ). Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi kedua-dua
instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.7514 dan 0.8827. Hasil daripada
kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor stres di
kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Para guru menyatakan bahawa
tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Faktor
kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres guru. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor
stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor
kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman.
Actions (login required)
|
View Item |